KETURUNAN KU....

Sekarang ambo bercadang nak kumpulkan maklumat ahli keluarga ambo & Isteri. Sesiapa berkenaan bolehlah berhubung / sms Mohd Syamri ~ 0199366861 @ Email ke husnahaziq79@gmail.com . Contoh Tree Family yang dah ada (sila klik)

Ahad, 14 Disember 2008

Amalan Sunat Selepas Kelahiran Zuriat

Berikut adalah amalan-amalan sunat yang suami lakukan sebagai tanda kesyukuran ketika menyambut kelahiran :


1. Azan dan iqamat
-Anak lelaki di azan pada telinga kanan dan iqamat pada telinga kiri.
-Anak perempuan di iqamat hanya pada telinga kiri.
Sabda Rasulullah diriwayat oleh Baihaqi dan Ibnu Sunni dari Hasan bin Ali: “Sesiapa yang melahirkan anak maka hendaklah ia melakukan azan di telinga anaknya yang kanan serta iqamat pada telinga kiri, nescaya anak tidak dicabuli oleh Ummu Sibyan (jin perempuan yang mengganggu kanak-kanak)”
2. Membaca ayat Qulhuwallah (surah al-Ikhlas) dan ayat 36 surah al-Imran.
-Rahsia dan kelebihannya adalah agar anak dihindari daripada gangguan dan tipu daya syaitan, menandakan kehebatan alam semesta ciptaan Allah, mengajar syariat Islam (melalui kalimah syahadah) dan menanamkan kalimah mulia dalam hati.
3. Memberi nama yang baik
-Nama yang baik adalah nama-nama yang ada hubung kait dengan Islam atau pengertian yang indah.
Tegas Rasulullah diriwayat oleh Muslim: “Nama-nama kamu yang kamu paling disukai oleh Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman”
4. Tahnik (Belah Mulut)
-Menggunakan buah tamar yang dimamah lumat dan disuapkan sedikit kepada bayi dan gerakan ke kanan dan ke kiri.
-Ini bertujuan untuk mendidik bayi agar mudah menyusu dan menjana sifat taqwa, kesejahteraan dan kefasihan lidah.
5. Cukur rambut
-Sunat mencukur rambut bayi ketika bayi berusia 7 hari.
-Berat rambut ditimbang sama dengan nilai emas atau perak dan disedekah dengan nilainya kepada fakir miskin.
-Bercukur boleh melebatkan rambut, menguatkan kulit kepala, menyuburkan pancaindera (mata, penglihatan, pendengaran dan deria bau).
-Adalah dilarang membuat jambul.
Rasululah s.a.w menegaskan dari Abdilah bin Omar r.a berkata (hadis riwayat al-Sahihain) : “Rasululah s.a.w telah melarang meninggalkan rambut bertompok-tompok”
6. Aqiqah
-Sunat melakukan aqiqah ketika bayi berusia 7 hari.
Dari Samrah bin Jundub r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda (hadis riwayat Abu Daud): “Tiap-tiap bayi itu tergadai dengan aqiqahnya. Disembelih kambing atau biri di hari yang ketujuh dan dicukurkan rambut serta diberi nama ke atasnya”

-Anak lelaki disunatkan sembelih dua ekor kambing atau biri-biri dan satu ekor bagi anak perempuan (kambing atau biri sampai umur seperti untuk korban).
Dari Habibah binti Maisarah (hadis riwayat Abu Daud):”Ia pernah mendengar Rasululah s.a.w berkata untuk lelaki dua ekor kambing yang sama besar dan untuk perempuan seekor kambing”

-Daging aqiqah digalakkan di masak gulai manis dan tulangnya tidak dipatahkan.
Sabda Rasululah (hadis riwayat al-Baihaqi): “Dari Aisyah r.a yang sunat dua ekor kambing yang sekupu (sama besar) untuk bayi lelaki dan bayi perempuan seekor dimasakkan secara berangkai-rangkai dan jangan dipatah-patahkan”

Jumaat, 12 Disember 2008

Nur Syaza Husna Binti Mohd Syamri

Nama Penuh : Nur Syaza Husna Binti Mohd Syamri
Panggilan manja : Husna
Tarikh Lahir : 26 Sept 2004 @ 1.00 pagi
Tempat Lahir : Hospital Besut
Pendidikan :
1. PASTI An-Naziha Padang Luas ( Jun 2007 - sekarang)

Keluarga Nor Bin Deraman

Nor Bin Deraman & Mek

Anak

1. Rohani
1.1 Zulkifli
1.2 Zurina
1.3 Suhaimi
1.4 Syukri

2. Che Esah
2.1 Syarmi
2.2 Mohd Syamri & Azizah
2.2.1 Muhammad Syazani Haziq
2.2.2 Nur Syaza Husna
2.2.3 Muhammad Syazani Hafiy

2.3 Mohd Mushrif
2.4 Norsoarahah

3. Kak Yah
3.1 Yati
3.2
3.3

4. Faridah
4.1 Shamsul Azri
4.2
4.3
4.4

5. Mohd Zain

6. Mokhtar
6.1
6.2
6.3
6.4

7. Saadiah
7.1
7.2

8. Norizan

MUHAMMAD SYAZANI HAZIQ BIN MOHD SYAMRI

Nama Penuh : Muhammad Syazani Haziq Bin Mohd Syamri
Panggilan manja : Haziq
Tarikh Lahir : 26 Disember 2002 @ 8.00 pagi
Tempat Lahir : Hospital Besut
Pendidikan :
1. TDK Kemas Semenggok, Kuching Sarawak ( Jan - Mei 2007)
2. PASTI An-Naziha Padang Luas ( Jun 2007 - Nov 2008)


Khamis, 11 Disember 2008

Keluarga Mohamad Bin Jusoh

1. Mohamad Bin Jusoh & Esah

Anak

1. Abas Bin Ahamd ( Allahyarham)

1.1 Lutfi bin Abas (Allahyarham)
1.2 Azizah
1.3 Rohani
1.4 Rohana
1.5 Sayuti
1.6 Nasriah
1.7 Ida (x ingat nama)
1.8 Rozita
1.9 Mohd Sabri
1.10 Mohd Firdaus
1.11 Mohd Bahiri
1.12 Nabila

2. Saadiah bin Mohamad ( Mok Cik)

2.1 Ramli
2.2 Hassan (Allahyarham)
2.3 Abdullah
2.4 Sabariah
2.3 Faridah
2.4 Cik Su ( x ingat nama)

3. Rahimah bin Mohamad ( Mok Teh)

3.1 Abg Mat ( x ingat nama)
3.2 Zulkifli ( Allahyarham)
3.3 Kak mizah ( x ingat nama)
3.3 x ingat
3.3 Cik Su ( x ingat)

4. Abd Razak bin Mohamad (Allahyarham)

4.1 Syarmi & Norazlina
4.1.1 Nur Syazwani Najwa
4.1.2

4.2 Mohd Syamri & Azizah
4.2.1 Muhammad Syazani Haziq
4.2.2 Nur Syaza Husna
4.2.3 Muhammad Syazani Hafiy

4.3Mohd Mushrif
4.4 Norsoarahah

Rabu, 10 Disember 2008

Ciri-Ciri Wanita Syurga

(Gambar Hiasan)

Isteri-isteri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di Syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk Surga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia.

Di antara ciri-ciri wanita ahli Surga adalah :

1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan takdir yang baik dan buruk.

3. Bersaksi bahawa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan naik haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah dan dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah kerana Allah, tawakkal, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca Al Qur'an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingat Allah ketika sendirian atau tidak dan berdoa kepada Allah semata.

7. Menghidupkan amar ma'ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia.

11. Adil dalam segala perkara terhadap seluruh makhluk.

12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (mengumpat).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua orang tua.

15. Menyambung silaturahim dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh.

ومن يطع الله ورسوله يدخله جنت تجري من تحتها الأنهار خلدين فيها وذلك الفوز العظيم

" … dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar."

(An Nisa' : 13)

Isnin, 8 Disember 2008

Selamat Hari Raya Korban

Selamat Hari Raya Haji. Tahun ni keluarga Syaza ambil 2 bahagian korban. Satu bahagian dengan ayahanda & abang ambil 1 bahagian dengan kawan dia di Kuala Besut.

Tahun ni, ayah beli seekor lembu dan anak beranak ambil ketujuh bahagian tu. Masing satu bahagian Jah, Kak Da, Mek, Ayah, Abg Ha, Abg Mie & Abg Kie. Sembelihan dibuat di belakang rumah Lak Lok.

Semua bahagian adik beradik, Mek & keluarga Jah buat kenduri kecil-kecilan. Panggil saudara-mara terdekat. Antara saudara yang datang ialah...

Haziq (baju biru) tengok lembu sedang 'gelepar'

Pok Lah sebagai penyembelih

Lembu sudah tamat riwayatnya

Ahad, 7 Disember 2008

Selamat Pengantin Baru Sepupuku; Firdaus

Semalam (6 Dis 2008), kami sekeluarga pergi ke Majlis Perkahwinan Sepupuku; Mohd Firdaus Bin Abas di Manir Kuala Trg. Firdaus @ panggilan manja daus adalah anak ke 10 dalam keluarga Pok Saudaraku; Abas Bin Ahmad (abang kepada arwah abahku, aku panggil ayah ngah).

Daus ni lulusan UiTM Machang sekarang berkerja sebagai Penyelia Kewangan di MyDin KT bertemu jodoh dengan rakan sekerjanya Zaleha. Mereka telah diijabkabul pada malam 5 Disember.

Seronoknya majlis ini, aku dapat berjumpa dengan semua sepupuku (anak arwah ayah ngah) kecuali Kak Zah Cikgu Zainal & Kak Ida (ada periksa Open Unversity). Pada hari tu aku dapat jumpa kembar Cik Ani (Guru di Gua Musang), Cik Ana (Guru di Dungun), Kak Yah (Ustazah di SMA Durian Guling), Sayuti ( Chalok), Mamat Gobas ( MSN K.Trg), Kak Ta (akauntan KL), Bahiri ( Mydin USJ) & Nabila (Kilang KL). Selain tu aku juga dapat suami-suami sepupu aku tadi Abg Yie ( Cik Ani), abg Zubir (Cik ana), Abg Sobri (Kak Yah), Kak Nor (isteri sayuti), isteri mamat & Kak Ta ( ex- isteri arwah abag Lutpi).

Turut datang ke majlis tu adalah sepupu aku (anak Mak Chik Dengir) ~ Kak Yah & Anak2 (Guru di Sarawak), Kak Midah ( Guru di Klang) & Abg Lie ( Tok HAs)

Raja Sehari ~ Daus & Zaleha

Haziq & Pok Aus( panggilan anak saudaranya)

Kak Yah & anaknya; Izuddin
Sedang bersiap sebelum ke Rumah Pengantin Perempuan

Mamat Gobas (dukung anak)

Sayuti ( baju oren) & Mamat Gobas

Cik Ani ( tudung merah) & Cik Ana (tudung ungun) sedang makan beradab

Selasa, 2 Disember 2008

Kak Yah sekeluarga datang rumah


Gambar Kak Yah di belakang hafiy tu..

Hari ini, Kak Dah (Mak Hitam),Ayah Chik & Kak Yah datang rumah sewa kami. Kak Yah & Kak Dah adalah sepupu kami, anak Mak Chik. Kak Yah & abg Chik begitu baik dengan kami semasa kami bertugas di Sarawak dulu. Ayah Chik kerja di JAKIM manakala Kak Yah berkerja sebagai guru di SRA Tun Zaidi, Kuching... Kak Dah pulak kerja di Klang sebagai guru.... Apa2 pun terima kasih kepada kak Yah sekeluarga kerana 'menjaga' kami dengan baik di Sarawak dulu.....

Isnin, 1 Disember 2008

Shidah datang lagi rumah kami tahun depan....



Pagi ini (1 Disember) Kami sekeluarga & Cik La (Husna tak ikut kerana nak duk rumah Tok Wan) telah hantar Shidah ke Airport Pengkalan Chepa. Shidah adalah best Friends Ummi semasa kami sekelurga duk Sarawak dulu (2001 - 2007). Shidah datang ke SMK Padawan tahun 2005 bertugas sebagai Ustazah. Macam program tahunan, Shidah mesti melawat Kami sekeluarga di sini. Shidah masih mengajar di Sekolah Umi & Walid dulu lagi (SMK Padawan).



Shidah datang rumah kami (28 Nov) lalu..Sempat jugak Ummi bawa Shidah jalan-jalan ke Pengkalan Kubor & Bandar Kuala Terengganu. Kata Ummi, Shidah gi Pengkalan Kubor kerana nak tengok 'bakal mertua' dia..Tak apalah yang penting Haziq & Husna dapat baju baru....

Semoga Shidah datang lagi ke Rumah kami sekeluarga tahun hadapan....