KETURUNAN KU....

Sekarang ambo bercadang nak kumpulkan maklumat ahli keluarga ambo & Isteri. Sesiapa berkenaan bolehlah berhubung / sms Mohd Syamri ~ 0199366861 @ Email ke husnahaziq79@gmail.com . Contoh Tree Family yang dah ada (sila klik)

Selasa, 24 November 2009

Main Banjir...









2 Hari lalu, taman perumahan kami dilanda banjir. Jadi kesempatan ini, kami boleh main banjir depan rumah...

Selasa, 27 Oktober 2009

Ayah kena Strok


Petang semalam, Aku & 3 anak pergi ke Kuala Besut untuk mengambil ikan Pulutan dengan Mejah. Sudah 3 hari dia teefon supaya ambik ikan itu.. Dalam perjalanan ke KB itu, aku mendapat panggilan telefon daripada ' BERAS' aku.... " Sam! ayah kena strok ni... Cepat balik.

Oleh kerana sudah hampir dengan rumah Mejah, aku ambik ikan Pulutan dulu & balik melalui jalan Kota Putera/alor Lintah. Terserempak dengan Kereta Cikgu Tg Din di Kg Raja. Aku beri seekor ikan tadi.

Dipendek cerita, aku sampai dirumah mertua. disan sudah ramai jiran-jiran yang sudah sampai. Ayah ada di tempat solat...Aku lihat ayah terbujur... Sebelah kiri badannya sudah tidak bergerak.. Kaki.. tangan sudah tidak dapat bergerak... Percakapannya juga sudah tidak jelas..

Aku pegang kakinya.. sejuk...Mek cerita bahawa ayah rebah dalam bilik semasa hendak ambik air sembahyang. Oleh kerana Mek mensyaki sesuatu terjadi kepada ayah.. Mek suruh Mek Nor (adik ipar) pegi cari ayah di bilik air...Selepas panggilan tidak menyahut..Mek Nor memanjat bilik air... Dilihat ayah sedang bertahan kerana sebelah badannya sudah 'kaku'... Bertahan dengan memahut tangan kananya di kolah air....

Pukul 6.25 petang, ambulans tiba untuk bawa ayah ke Hospital Besut untuk rawatan seterusnya... Mudin & Ayah Wan mengiringi ayah dalam ambulans..Aku mengiringi dengan kereta....

Ahad, 18 Oktober 2009

Gambar semasa Tok Ma ke Sarawak

Salam Kuching...

Tengah duk explore dalam Lap Top Cik Su, terjumpa gambar-gambar semasa Tok Ma datang ke rumah kami di Batu 13, Jalan Kuching Serian, Kuching Sarawak bulan Februari 2007. Tok Ma, Ayah Chik & Cik Su duduk rumah kami seminggu.
























Isnin, 28 September 2009

Gambar Husna berusia setahun (2005)


Tengah walid cari fail dalam pendrive lama.. terjumpa satu folder gambar lama semasa kami tinggal di Sarawak beberapa tahun lalu. Gambar yang diambil tahun 2005 ini mengembalikan notaligia kami sekeluarga berada disana. untuk permulaan ini gambar Kakak Husna semasa berumur setahun.


jangan tengok.. Malu le...

Minum susu dalam botol hee...

Tak abis lagi ke??

Abis dah.... Kacau daun je...

Ni walid Husna...

OK tak mata Husna... Bulat kan???

Maaf le... Kepala botak .. tak tumbuh lagi..







Ni Cik La .... Sedap nye tidur atas riba Cik La..









Maaf gambar Seksi sikit...