KETURUNAN KU....

Sekarang ambo bercadang nak kumpulkan maklumat ahli keluarga ambo & Isteri. Sesiapa berkenaan bolehlah berhubung / sms Mohd Syamri ~ 0199366861 @ Email ke husnahaziq79@gmail.com . Contoh Tree Family yang dah ada (sila klik)

Sabtu, 21 Mac 2009

Majlis Kesyukuran : Maulidur Rasul & Majlis Cukur Rambut Hasif

Semalam, Kami sekeluarga, Tok Ayah & Tok Wan mengadakan majlis sambutan maulidur rasul & majlis bercukur rambut Hasif.

Seawal 8 pagi kami ke rumah tok wan untuk persiapan. Sampai disana sudah ada 5-6 orang jiran datang membantu. Pukul 9, walid & Tok Ayah ke Bukit Yong, untuk mengambil daging yang ditempah semalam. Semuanya lebih 30 KG.. Selepas itu, Walid pegi beli ayam sebanyak 20 ekor di Rumah Kak Nah Lak Lok Dalam.

Selepas memotong daging lembu bersama 3 orang jiran yang lain, Walid pula ditugaskan untuk jaga api & juru kacau gulai....Lihat aksi kami sekeluarga bersama kawah gulai..







Pada asalnya majlis bercukur dirancang diadakan selepas Solat Jumaat. Oleh kerana sepupu tok Ayah, Kak Ton anak Mak Long Limah juga adakan sambutan maulidur rasul jugak, jadi tok ayah ubah majlis cukur sebelah malamnya.

Selepas Solat Jumaat, ramai tetamu sudah datang terutamanya kawan sekolah UMMI di SMK Seri Bukit Puteri (SBP) & Sepupu Mek. Antaranya.... lupa lak namanya....banyak sangat..

Majlis cukur rambut bermula pukul 9.15 malam. Majlis didahului dengan majlis belah mulut oleh Ayah Do (Hj Hasan), Tok Ayah & Ust Zul Dengir. Kemudiannya majlis bercukur oleh Ayah Do, Tok Ayah, Ust Zul, Walid, Cikgu Din & Resyad.

Dikesempatan ini, kami ingin ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang menjadi dalanguntuk menjayakan Majlis ini terutama Tok Ayah & Tok Wan. Juga kepada Jiran-jiran (kawan Tok Wan) , mak saudara, tok saudara, sepupu, mak sepupu & semuanya... Juga kehadiran tetamu ke majlis ini iaitu Ayah Do, Ust Zul, kawan2 ummi, Tok Ma & Tok ayah Chalok, Mok Cik Dengir, AJK Pemudabesut yang datang, orang kampung Lak Lok, cikgu Tg Din, Cikgu Malik, Cikgu Asri & yang tak disebut dalam ini....

Lihat antara gambar kenangan di majlis bercukur & Maulidur rasul..



.
.