KETURUNAN KU....

Sekarang ambo bercadang nak kumpulkan maklumat ahli keluarga ambo & Isteri. Sesiapa berkenaan bolehlah berhubung / sms Mohd Syamri ~ 0199366861 @ Email ke husnahaziq79@gmail.com . Contoh Tree Family yang dah ada (sila klik)

Selasa, 27 Julai 2010

Ahad, 25 Julai 2010

Fasa: Column Stump & Pad Footing

'Pad Footing'



Column Stump


' Formwork' Column stump

25 Julai 2010



Hari ini, tukang rumah sedang menyiapkan tiang rumah dalam tanah... Bahasa standart yang diguna pakai oleh jurutera/arkitek ialah 'COLUMN STUMP'

Column stump ialah tiang yang ditanam dalam tanah... manakala tiang tersebut hendaklah berdiri di tapak dalam tanah yang dipanggil 'PAD FOOTING'

Jumaat, 23 Julai 2010

Terima Kasih Pok Su Hassan..


Terima Kasih Pok Su Hassan (Yaacob Tauke Minyak Masak) kerana sudi 'meminjam' mesin pembancuh simen bagi projek rumah Syazah.

Sebelum ini kami bercadang membeli mesin ini 'second hand' daripada seorang kawan yang baru menyiapkan rumahnya dengna harga RM 2500.Selain itu Ayahanda Mertua juga bercadang membeli dari pembekal mesin ini di Selising. Harga juga sekitar RM 2000- rm4000.

Apa-apa pun syukur kerana Pok Su memberi pinjam mesin ini... Semoga Allah memberkati Rezeki Pok Su...

Selasa, 20 Julai 2010

Gali Lubang....

Kerja mengali lubang bermula....


20 Julai 2010 (Selasa)

Hari ini merupakan cuti Keputeraan Sultan Trg... Hari ini juga kerja-kerja mengali lubang-lubang bagi membuat kerja 'Colum stump'& Pad Footing' bermula...

Isnin, 19 Julai 2010

'Site Ralle'




Hari ini, tukang rumah menyiapkan kawasan tapak projek.... dalam bahasa tukang ialah 'site ralle'...

Ahad, 18 Julai 2010

Air Pacang @ 'Air Boring'



3 minggu lalu, kami upah 'Pakar' buat telaga Air Pacang bagi membekal ke Tapak rumah kami dengan bayaran sekitar RM300.

Apa air Pacang tu Walid? ; Tanya anak ku....

1. Air pacang juga dinamakan air boring...

2.“Air boring” sebenarnya ialah air yang digerudi dari bawah tanah yang dipam ke permukaan menggunakan pam elektrik melalui laluan paip.

setakat tu je pengetahuan ku....wahai anakku

Sabtu, 17 Julai 2010

Solat Hajat ' Mula kerja'


17 Julai 2010 (Sabtu)

Hari ini, kami merupakan hari pertama secara rasmi kerja-kerja membina Baitul Syaza bermula....
Oleh itu bagi memberkati & memohon kerja buat dirahmati & dilindungi oleh Allah, kami mengadakan solat sunat Hajat.

Solat Hajat yang kami adakan di tengah2 tapak rumah ini diimani oleh Ust Hawari Abas. Selain itu juga dihadiri oleh Pok Su Hassan, Tok Wan Ishak, Abg Kie, Ust Zul, Cg Tg Din & Resyad.

Walaupun jadual aku penuh hari ini... Aku & ayah ambil keputusan bagi memilih hari ini 17 Julai sebagi tarikhmula kerja... Pagi tadi aku berada di Kem Seri Tembila kerana menganjurkan Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform SMK Seri Nering...

Selepas Majlis Penutup kira pukul 11 pagi & pelajar pulang ke seklah kira pukul 2 petang.. aku terpaksa meminta kebenaran daripada Cg Rosli & Cg Zul untuk pulang awal dari Kem ini bagi mengadakan Majlis Solat Hajat ini..

Persiapan jamuan majlis ini telah sama-sama disiapkan oleh Mek & isteriku.. Lauknya... Ayam gulai....


Terima Kasih semua yang menghadiri majlis solat hajat ini... Semoga Allah memberkati rezeki mu...

Khamis, 8 Julai 2010

Bangsal Stor siap..


Hari ini, Tukang rumah kami datang menyiapkan bangsal stor bagi menyimpan barang-barang pertukangan & simen.... Fasa membuat rumah kini bermula.....