KETURUNAN KU....

Sekarang ambo bercadang nak kumpulkan maklumat ahli keluarga ambo & Isteri. Sesiapa berkenaan bolehlah berhubung / sms Mohd Syamri ~ 0199366861 @ Email ke husnahaziq79@gmail.com . Contoh Tree Family yang dah ada (sila klik)

Sabtu, 17 Julai 2010

Solat Hajat ' Mula kerja'


17 Julai 2010 (Sabtu)

Hari ini, kami merupakan hari pertama secara rasmi kerja-kerja membina Baitul Syaza bermula....
Oleh itu bagi memberkati & memohon kerja buat dirahmati & dilindungi oleh Allah, kami mengadakan solat sunat Hajat.

Solat Hajat yang kami adakan di tengah2 tapak rumah ini diimani oleh Ust Hawari Abas. Selain itu juga dihadiri oleh Pok Su Hassan, Tok Wan Ishak, Abg Kie, Ust Zul, Cg Tg Din & Resyad.

Walaupun jadual aku penuh hari ini... Aku & ayah ambil keputusan bagi memilih hari ini 17 Julai sebagi tarikhmula kerja... Pagi tadi aku berada di Kem Seri Tembila kerana menganjurkan Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform SMK Seri Nering...

Selepas Majlis Penutup kira pukul 11 pagi & pelajar pulang ke seklah kira pukul 2 petang.. aku terpaksa meminta kebenaran daripada Cg Rosli & Cg Zul untuk pulang awal dari Kem ini bagi mengadakan Majlis Solat Hajat ini..

Persiapan jamuan majlis ini telah sama-sama disiapkan oleh Mek & isteriku.. Lauknya... Ayam gulai....


Terima Kasih semua yang menghadiri majlis solat hajat ini... Semoga Allah memberkati rezeki mu...

Tiada ulasan: