KETURUNAN KU....

Sekarang ambo bercadang nak kumpulkan maklumat ahli keluarga ambo & Isteri. Sesiapa berkenaan bolehlah berhubung / sms Mohd Syamri ~ 0199366861 @ Email ke husnahaziq79@gmail.com . Contoh Tree Family yang dah ada (sila klik)

Rabu, 20 Oktober 2010

Isnin, 20 September 2010

Kenangan hari raya

Pada hari raya ke 6, Isteri ku buat rumah 'tertutup' bagi berkumpul adik-beradik. Dengan menu Nasi ayam+kotea+ kuih raya, kami sekeluarga dapat bersama-sama berkumpul.
Dengan kehadiran Ayah, Abg Mie sekeluarga, Cik Da sekeluarga, Cik La, Cik Ra, Ayah Din, Cik Tie & Su Nor memeriahkan lagi jamuan keluarga ini.

Dalam borak-borak tengah makan, Cik Ra & Cik La mencadangkan supaya aktiviti ini menjadi acara tahunan bagi keluarga Syaza. Ummi meluluskan permohonan itu...

Family Abg Mie


Cik La & anok sedara..

Sape ni??

Ummi, Hafiy & Hasif

Cik Da Sekeluarga

Syaza sekeluarga

Keluarga Haji Ibrahim

Pinjaman Perumahan dah Lulus....


20 September 2010 (Isnin)

Semalam ....

Surat Kelulusan dari Bahagian Pinjaman Perumahan telah sampai.... Alhamdulillah pinjaman rumah ku telah lulus... Surat yang bertarikh 2 September 2010 itu telah sampai di sekolah isteriku pada cuti sekolah lalu..

Ahad, 19 September 2010

Sambung kerja selepas cuti raya

19 September 2010 (Ahad)

Selepas seminggu bercuti hari raya aidil Fitri, Tukang rumah mula menyambung kerja semalam. Kerja yang disambung dengan membuat diniding dapur, bilik dan ruang tamu. Proses membuat tangki air juga ada pertambahan iaitu membuat tiang.

Pandangan hadapan

Dinding bilik hampir siap

Dinding ruang dapur

Dinding bilik ke 2

Dinding bilik Utama


Khamis, 9 September 2010

Ikat jongkong...

8 September 2010 (Rabu)

Hari ini... 29 Ramadhan... 2 hari lagi nak raya...
Awal pagi aku ke tapak rumah bagi lihat perkembangan projek rumah yang 2 hari sudah aku tak pegi jenguk.. Agak terkejut jugak aku kerana cepat sungguh tukang buat kerja... hampir separuh bata telah diikat di bahagian bilik & dapur.

Hari ini juga tukang aku hanya tunjuk muka kepada 'Pengurus Projek 'ayahanda mertua tercinta'...biasa lah awal sehari ambil duit kerana esok hari khamis tukangku MC.. Buat ketupat katanya...

Apa2 pun kami ucapa selamat raya kepada tukang rumah & geng




Tapak Menara Tangki Air




Tapak tiang rumah bahagian hadapan

Rabu, 1 September 2010

Beli Pintu Tandas di G-Orange

1 September 2010 (Rabu)

Hari ini, aku,ayah, Hafiy & Husna ke G-Orange Wakaf Che Yeh bagi membeli pintu Tandas.. Selepas balik dari sekolah kira-kira pukul 3 petang kami ke sana.

Punya banyak corak pintu tandas... pening2... Akhirnya pilihan dihati.. 3 Pintu...

Pintu warna Merah..

Pintu corak kayu..
Pilihan Ayahanada: Pengurus Projek

Warna Hijau tidak ketinggalan

Nak Beli apa cik??

OK tak gigi saya...?
Klu nak jual gigi ni berapa U mahu??

Cantiknye pintu ni...

Ni pulak tombol pintu...

Ahad, 29 Ogos 2010

Konkrit tapak tangki Air

29 Ogos 2010 (Ahad)

Hari ini, kerja-kerja mengkonkrit tapak asas bagi tangki air telah dilakukan....

Tiang bahagian depan mula dikonkrit..

Menara tangki air bersebelahan dengan air pacang

Konkrit sudah...

Sabtu, 28 Ogos 2010

Pasir sepenuh masuk dalam Beam

28Ogos 2010 (Ahad)

Hari ini.... semua pasir telah dimasukkan sepenuhnya dalam beam. Sekitar tapak rumah juga telah diperatakan. Dan tinag rumah bahagian dapur telah siap sepenuhnya. Hari dalam proses tiang dibahagian bilik.

2 pohon pokok durian di belakang bahagian dapur juga telah ditebang bagi mengelak pohon tersebut tubang di bahagian rumah pada masa hadapan . Ini kerana pokok durian terlalu hampir dengan rumah. Jika nak dikira, sayang juga nak tebang pokok tersebut kerana tahun ini merupakan tahun pertama pokok tersebut baru belajar berbuah... tapi apa kan daya..

Selain itu satu lubang juga telah digali berdekatan dengan air pacang kerana ingin bina tangki air ...
Kawasan sekitar tapak diratakan

Pokok durian yang terpaksa 'dikorbankan'

Fasa tiang Bilik bermula...

Lubang digali bagi projek Tangki air

Sekitar rumah yang telah diratakan...

Jumaat, 27 Ogos 2010

26 Ogos 2010

26 oGOS 2010 (Khamis)

Hari ini tiang dapur siap....




Khamis, 26 Ogos 2010

Tiang Dapur siap...





25 Ogos 2010 (Rabu)

Hari ini, rabu.... tukang rumah tidak datang kerja kerana 'kepala tukang' pergi majlis ambil duit raya dari kerajaan Trg...

Ingatan ayah ku kepada tukang rumah.... " org bagi duit ambik...tapi....(lu pikir sendiri)"

Semalam juga kerja-kerja memasukkan simen dalam tiang rumah dibahagian dapur telah siap....

Esok hari khamis... seperti biasa hari gaji.... RM..RM...RM...