KETURUNAN KU....

Sekarang ambo bercadang nak kumpulkan maklumat ahli keluarga ambo & Isteri. Sesiapa berkenaan bolehlah berhubung / sms Mohd Syamri ~ 0199366861 @ Email ke husnahaziq79@gmail.com . Contoh Tree Family yang dah ada (sila klik)

Rabu, 28 Januari 2009

Syaza @ Kuala Lumpur

Selepas majlis bertunang Ayah Chik pada 26hb Jan lalu di Serting N.9, kami ke Kuala Lumpur melalui jalan Kuala Pilah-Senawang-Nilai-USJ. Kami sekeluarga & Cik DO, selepas majlis tunang Ayah Chick membuat keputusan ke KL. Kereta Tok Ma pulang terus ke Chalok.

Perjalanan ke KL, kami berhenti lihat Istana Seri Menanti. Istana lama kerajaan Negeri Sembilan. Sungguh indah hiasan dalamannya.. Ummi & Husna duduk dalam kereta je... Husna tidur dalam kereta. Ummi keletihan...


Lebih kurang pukul 7.30 malam, kami singgah di Nilai 3. UMMI beli langsir.... Hafiy pulak asyik berak cirit birit. Husna pulak naik angin....Mungkin kedua-dua ni puas berada dalam kereta terlalu lama....Selepas membeli belah di Nilai , kami terus balik ke Rumah Ayah Chik di USJ untuk menginap.

Keesokan harinya, Cik Do ambil keputusan untuk ke Nilai 3 lagi kerana ayah Do nak tukar Side mirror kereta Wishnya. Jadi kami ambil keputusan untuk tidak ikut ke sana. Walid ajak ayah chik baiki cermin Ipsum yang rosak.

Ayah Chik bawa kami ke Shah Alam. Jadi buat pertama kali dapat lihat Masjid Shah Alam 'live'. Pusing2, semua kedai tutup. Maklum lah raya cina..... Akhirnya kami cuba cari 'kedai potong' area USJ. Semua juga tutup....Kebanyakan kedai cina jugak.. Tapi Alhamdullilah, ada kedai india yang buka. Dapat lah cermin belakng kereta Ipsum Walid dibaiki. Hodoh tengok cermin walid kerana, asyik sendal dengan kertas....

Lepas tu, kami bertiga berpakat mintak ummi & walid gi ke Sunway Lagoon untuk mandi. Tapi permohonan kami tidak diluluskan. Tapi Ayah Chik bg cadangan supaya kami pegi mandi Kolam renang di rumah apertmen lama ayah chik.

ooooh... seronoknya.... Mandi Kolam...Lepas mandi kolam.. Kami bertolak balik Jerteh lebih kurang pukul 4 petang... Kami balik melalui Lebuh raya LPT- Jabor-Kuala berang-Chalok. Sunggah rumah Tok Ma sekejap hantar Cik Su & Fliter Tok Ma. Smp chalok lebih kurang pukul 10.30 malam. Lepas solat Qasar, kami bertolak pulang jertih. Alhamdullilah, kami selamat sampai di rumah pukul 12 tengah malam....Kami dah tidur.. keletihan. Terima KAsih UMMI & Walid bawa kami jalan2.

Tiada ulasan: