KETURUNAN KU....

Sekarang ambo bercadang nak kumpulkan maklumat ahli keluarga ambo & Isteri. Sesiapa berkenaan bolehlah berhubung / sms Mohd Syamri ~ 0199366861 @ Email ke husnahaziq79@gmail.com . Contoh Tree Family yang dah ada (sila klik)

Isnin, 28 Jun 2010

Selamat Ulang Tahun ke 4: Hafiy





Hari ini tanggal, 28 Jun 2010 merupakan ulang tahun hari lahir ke 4 tahun bagi anak ke 3 kami, Muhammad Syazani Hafiy. Teringat semasa hampir dilahirkan Hafiy, Kami sekeluarga masih bertugas di bumi kenyalang. Oleh kerana suasana Hospital di Kuching 'kurang' selasa & Islamik, kami ambil keputusan seperti haziq & husna dilahirkan iaitu dilahirkan di Kampung Halaman.. Hospital besut.

Oleh itu, Ummi terpaksa cuti tanpa gaji lebih awal bagi menunggu kelahiran Hafiy di Besut. Manakala Walid berada di SMK Padawan, Kuching bagi meneruskan kerjanya sebagai pendidik. Pada pukul 9 malam; 27 Jun 2006, Walid dapat panggilan telefon dari Ummi di Kampung mengatakan Hafiy sudah bagi 'isyarat untuk lihat dunia'. Lalu tanpa fikir panjang, Walid menempah tiket MAS untuk menyambut kelahiran di Besut.

Oleh kerana penerbangan yang paling awal ialah pukul 7 pagi keesokan harinya, jadi terpaksalah bertolak dari bumi kenyalang keesokan harinya.... Malam itu... lambat sungguh jam berjalan... Tidur pun tak lena.....

Selepas solat Subuh keesokkan harinya... dengan bantuan kawan walid, Wandi menghantar ke Air Port Kuching. Hampir sampai airport, Walid dapat panggilan dari Ayah mengatakan HAFIY sudah keluar melihat dunia.... Tak sempat lah Walid nak mengazan & mengiqamah sendiri ketelinga anak ketiga ku.... Muhammad Syazani Hafiy... Terima Kassih Ayah kerana mengantikan ku bagi tugas ku itu...

Hari ini Usia mu Sudah 4 tahun melihat dunia.. Kami doakan Hafiy menjadi anak yang soleh...

Bakar....bakar..



27 Jun 2010

Hari ini.. aku & anak3 membakar timbunan kayu-kayu di tapak rumah Syaza.....

Ahad, 27 Jun 2010

Kayu buat bangsal stor sampai



Hari ini, kayu bagi buat bangsal stor sampai ke tapak rumah Syazah. Ayah ku beli dari stor kayu Beris Baru. Hari ini juga, kami sewa jentolak bagi membersih tapak rumah. Harga sewa jentolak separuh hari RM280.

Apa2 pun terima kasih ayah mertuaku....

Isnin, 14 Jun 2010

Selamat Pengantin Baru Adikku : Mushrif & Intan


Alhamdullilah....

Adik ku Mushrif selamat melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya Intan Adila pada pukul 3 petang, 13 Jun 2010 di Masjid Bandar Serting, Jempol...

Dengan 2 kali lafaz, adik ku yang kini berkerja sebagai Jurutera di HQ JKR bertemu jodoh dengan gadis n.9 yang sekarang bertugas di SUK N.9 sebagai Penolong Pengarah Pejabat Tanah (PTD) mengakhiri zaman bujang di usia 28 tahun.

Gambar yang kami ambil semasa majlis perkahwinan dengan menggunakan kameraku, abis TERdelete ALL oleh anak sulungku Haziq....

Apa2 pun tahniah... Semoga Mus dapat pimpin Isteri ke Jalan yang diredhaiNya...