KETURUNAN KU....

Sekarang ambo bercadang nak kumpulkan maklumat ahli keluarga ambo & Isteri. Sesiapa berkenaan bolehlah berhubung / sms Mohd Syamri ~ 0199366861 @ Email ke husnahaziq79@gmail.com . Contoh Tree Family yang dah ada (sila klik)

Isnin, 28 Jun 2010

Selamat Ulang Tahun ke 4: Hafiy





Hari ini tanggal, 28 Jun 2010 merupakan ulang tahun hari lahir ke 4 tahun bagi anak ke 3 kami, Muhammad Syazani Hafiy. Teringat semasa hampir dilahirkan Hafiy, Kami sekeluarga masih bertugas di bumi kenyalang. Oleh kerana suasana Hospital di Kuching 'kurang' selasa & Islamik, kami ambil keputusan seperti haziq & husna dilahirkan iaitu dilahirkan di Kampung Halaman.. Hospital besut.

Oleh itu, Ummi terpaksa cuti tanpa gaji lebih awal bagi menunggu kelahiran Hafiy di Besut. Manakala Walid berada di SMK Padawan, Kuching bagi meneruskan kerjanya sebagai pendidik. Pada pukul 9 malam; 27 Jun 2006, Walid dapat panggilan telefon dari Ummi di Kampung mengatakan Hafiy sudah bagi 'isyarat untuk lihat dunia'. Lalu tanpa fikir panjang, Walid menempah tiket MAS untuk menyambut kelahiran di Besut.

Oleh kerana penerbangan yang paling awal ialah pukul 7 pagi keesokan harinya, jadi terpaksalah bertolak dari bumi kenyalang keesokan harinya.... Malam itu... lambat sungguh jam berjalan... Tidur pun tak lena.....

Selepas solat Subuh keesokkan harinya... dengan bantuan kawan walid, Wandi menghantar ke Air Port Kuching. Hampir sampai airport, Walid dapat panggilan dari Ayah mengatakan HAFIY sudah keluar melihat dunia.... Tak sempat lah Walid nak mengazan & mengiqamah sendiri ketelinga anak ketiga ku.... Muhammad Syazani Hafiy... Terima Kassih Ayah kerana mengantikan ku bagi tugas ku itu...

Hari ini Usia mu Sudah 4 tahun melihat dunia.. Kami doakan Hafiy menjadi anak yang soleh...

1 ulasan:

azila ibrahim berkata...

selamat ari lahir yang ke-4 untuk anakanda tersayang ~hafiey~ sori bebanyak sbb skrg nih Che La sllu lupa tarikh2 penting (sbb anak buah dah ramai hehehe) smg cepat abiskan iqra' dan cepat2 baca quran besar...