KETURUNAN KU....

Sekarang ambo bercadang nak kumpulkan maklumat ahli keluarga ambo & Isteri. Sesiapa berkenaan bolehlah berhubung / sms Mohd Syamri ~ 0199366861 @ Email ke husnahaziq79@gmail.com . Contoh Tree Family yang dah ada (sila klik)

Ahad, 29 Ogos 2010

Konkrit tapak tangki Air

29 Ogos 2010 (Ahad)

Hari ini, kerja-kerja mengkonkrit tapak asas bagi tangki air telah dilakukan....

Tiang bahagian depan mula dikonkrit..

Menara tangki air bersebelahan dengan air pacang

Konkrit sudah...

Sabtu, 28 Ogos 2010

Pasir sepenuh masuk dalam Beam

28Ogos 2010 (Ahad)

Hari ini.... semua pasir telah dimasukkan sepenuhnya dalam beam. Sekitar tapak rumah juga telah diperatakan. Dan tinag rumah bahagian dapur telah siap sepenuhnya. Hari dalam proses tiang dibahagian bilik.

2 pohon pokok durian di belakang bahagian dapur juga telah ditebang bagi mengelak pohon tersebut tubang di bahagian rumah pada masa hadapan . Ini kerana pokok durian terlalu hampir dengan rumah. Jika nak dikira, sayang juga nak tebang pokok tersebut kerana tahun ini merupakan tahun pertama pokok tersebut baru belajar berbuah... tapi apa kan daya..

Selain itu satu lubang juga telah digali berdekatan dengan air pacang kerana ingin bina tangki air ...
Kawasan sekitar tapak diratakan

Pokok durian yang terpaksa 'dikorbankan'

Fasa tiang Bilik bermula...

Lubang digali bagi projek Tangki air

Sekitar rumah yang telah diratakan...

Jumaat, 27 Ogos 2010

26 Ogos 2010

26 oGOS 2010 (Khamis)

Hari ini tiang dapur siap....




Khamis, 26 Ogos 2010

Tiang Dapur siap...





25 Ogos 2010 (Rabu)

Hari ini, rabu.... tukang rumah tidak datang kerja kerana 'kepala tukang' pergi majlis ambil duit raya dari kerajaan Trg...

Ingatan ayah ku kepada tukang rumah.... " org bagi duit ambik...tapi....(lu pikir sendiri)"

Semalam juga kerja-kerja memasukkan simen dalam tiang rumah dibahagian dapur telah siap....

Esok hari khamis... seperti biasa hari gaji.... RM..RM...RM...

Selasa, 24 Ogos 2010

Pasir dimasukan dalam Beam

23 Ogos 2010 (Isnin)

Pada hari ini, kira-kira pukul 1 petang jentolak mula memuatkan pasir dalam beam. Namun tepat pukul 3, pemandu jentolak terpaksa berhenti kerana telah lewat untuk solat Zohor. Masih ada 2 kotak beam yang belum yang masih belum diisi dengan pasir. Jadi kerja-kerja akan disambung esok...

Besi tiang mula dipasang

Pasir hampir penuh Beam

Pasir yang disi dalam beam

Tempat tukang kayu buat-buat kerja kayu

Racun yang digunakan bagi atasi masalah anai-anai masa hadapan
Kotak-kotak tiang yang telah siap & tunggu untuk dipasang

Ahad, 22 Ogos 2010

Fasa Beam siap....

21 Ogos 2010 (Sabtu)

Pada hari ini, Beam bawah telah siap sepenuhnya. Kini memasuki fasa bagi menyiapkan tiang rumah. Pada Isnin nanti, pasir akan dimasukkan dalam beam. Sebelum itu, racun anai-anai akan disembur ke atas tanah sebelum pasir kotor di masukkan dalam beam. Ini bagi mengelak serangan anai-anai pada masa hadapan..

LORI PASIR KE 23
Pasir untuk dimasukan dalam beam sampai..


Bincang
Ayah, tukang rumah & Isteriku sedang bincang plan...


Stok simen dalam stor

beam siap sepenuhnya

Fasa buat simen bagi tapak tiang bermula...

Beam bawah siap... Alhamdulillah...

Rabu, 18 Ogos 2010

Hasif belajar solat...

Alhamdulillah..

Berkat bulan Ramadhan ini... anak bongsuku sudah mula belajar solat walaupun usianya baru setahun 6 bulan.....

Dia mula pandai menyebut 'Allahuakbar' & mula pandai rukuk & sujud....

Hensem tak??
Peringkat awal dipaksa memakai kopiah oleh kak Husna...

Sujud pertama

sujud kedua


Alhamdulillah....

Fasa Beam ruang tamu bermula...(17 Ogos)


Pasir kotor untuk diisi dalam beam siap sedia menunggu...




Fasa beam : dibahagian ruang tamu

Beam bilik utama bermula

Rabu, 11 Ogos 2010

Mixer dibaiki...


09 Ogos 2010

Hari ini, Pomen Mesin Gaul Simen datang baiki mesin. Pomen cabut enjin dan bawa ke Kedainya di Kota Baharu. Mesin ini rosak enjin... minyaknya hitam keluar.... Kami jangka kos baiki mesin ini mencecah RM1000.. Aku juga baru tahu bahawa 'mixer' ini bersaiz besar kerana sekali kerja mampu memuatkan 3 beg simen..

10 Ogos 2010

Ayah telefon bagitahu ku bahawa mesin telah siap dibaiki. Pomen tukar rantai, gasket, dan baiki brg dalaman. Kos baiki ialah RM1200.

11 Ogos 2010

Hari ini, Ramadhan tiba... Tukang rumahku bercuti sempena puasa... Sambung kerja balik hari Sabtu ini.. Tapi esok hari Khamis.... Seperti baisa hari khamis ialah hari gaji.. walau tak kerja gaji tetap diberi...

Jumaat, 6 Ogos 2010

Gambar 5 Ogos 2010



Pandangan Hadapan

Besi baru sampai

Beam bahagian dalam proses

Pandangan Beam dapur

Beam bilik pertama siap

Pasir 3 lori sampai

Rabu, 4 Ogos 2010

'Ground Beam' fasa 1 siap...


rupa paras simen yang dicurahkan dalam 'Beam'


'Formwork' peringkat pertama telah dibuka..



'Ground Beam' bilik pertama siap...


4 Ogos 2010 (Rabu)

Hari ini, aku & Ayah pergi bersama-sama melawat tapak projek kira-kira pukul 5 petang, selepas Dato Abu Bakar Chik & Abg Fauzi Mampat balik dr rumah tok mertuaku...

Dato' & Abg Fuazi singgah dalam perjalanan dr Kota bharu. Kebetulan musim durian.. bolehlah mereka menjamah sikit buah durian.. Kebetulan ada 5-6 biji lagi yang tinggal untuk hari ini...

Hari ini, Rumah Syaza Ground Beam di letak simen semalam telah dibuka...