KETURUNAN KU....

Sekarang ambo bercadang nak kumpulkan maklumat ahli keluarga ambo & Isteri. Sesiapa berkenaan bolehlah berhubung / sms Mohd Syamri ~ 0199366861 @ Email ke husnahaziq79@gmail.com . Contoh Tree Family yang dah ada (sila klik)

Khamis, 26 Februari 2009

Hasif dimasukkan ke Hospital

Salam

Tengah hari tadi Ummi & Hasif pergi ke Klinik Kesihatan Ibu & Anak untuk membuat pemeriksaan kali ketiga penyakit kuning. Kali pertama buat pemeriksaan pada ahad lepas, 'Kuning' Hasif adalah berskla 16. Buat pengetahuan bakal ibu, kebanyakkan bayi akan terkena penyakit kuning. Jika kekuniangan itu berskala 17, biasanya bayi akan dimasukkan dalam Wad untuk pencegahan.

Kali kedua Ummi & Hasif buat pemeriksaan kali kedua pada selasa lepas. Kali ini kuningnya turun dari 16 ke 15.4. Alhamdullilah...

Hari ini temujanji ketiga untuk pemeriksaan ketiga. Oleh kerana walid terpaksa bertugas di Pesta Sukan Majlis Sukan2 Dearah Besut di Kg Raja, jadi Umi & adik pegi ke Klinik dengan Tok Ayah. Abg Haziq duk dengan Cik Ti di rumah. Pemeriksaan kali ini, Kuning Hasif berskla 16.9. Jadi adik terpaksa di masukkan ke Hospital petang ini..

Selepas solat berjemaah asr dengan walid, Abg Haziq, Husna & Hafiy terpaksa tinggal di rumah Tok Wan. Walaupun hati nak pegi hantar adik Hasif ke Hospital Besut, tapi kena jaga adik Hafiy kt rumah tok Wan. Jadi Wali je pegi teman Ummi & Hasif ke Hospital.

Walid bagitahu, adik hasif terpaksa tidur dibawah cahaya lampu khas untuk kurangkan penyakit kekuningan itu. Ini sebahagian gambar hasif di Hospital. Gambar Ehsan Walid.... Semoga cepat sembuh adikku.....

Yang Benar ... Abg MU Haziq

Katil adik hasif yang dibawah & atasnya ada lampu

Adik hasif terpaksa pakai cerminmata khas sebelum duk dalam cahaya lampu

Lampu yang digunakan untuk kurangkan kekuningan

Isnin, 23 Februari 2009

MUHAMMAD SYAZANI HASIF nama diberi....

Setelah membuat perbincangan Family Syaza, maka adik baru kami di namakan. Namanya ialah Muhammad Syazani Hasif.

Kakak Husna tanya Ummi apa maksud HASIF.

Ummi dengan penuh yakin menerangkan maksud HASIF. Dalam kitab Arab yang jadi rujukan Ummi, HASIF bermaksud 'MAHKAMUL AKAL' & JAYYIDUL RAAI' . Ikut melayu nya....Akal yang bijaksana

Maka lahirlah surat beranaknya.....


Buku rujukan

Hasif ~ MAHKAMUL AKAL' & JAYYIDUL RAAI

Tajuk buku yang jadi rujukan

surat yang diberanakkan...

Tali pusat Hasif sudah luruh...


Hari ini cukup seminggu, Hasif melihat dunia. Pagi tadi semasa UMMI mandikan adik Hasif, tali pusatnya telah luruh dengan selamatnya...

Dalam ilmu Sains tali pusat ini adalah struktur yang menghubungkan antara fetus dengan plasenta dalam perut ibu. Antara fungsinya adalah membekalkan bayi dalam kandungan iaitu gas oksigen, air, nutrien hormon & antibodi. Atau orang kampung bagitahu, tali pusat ini berperanan bagi makanan kepada 'fetus' semasa dalam kandungan....




Rabu, 18 Februari 2009

Koleksi gambar Anak ku.....


Hadiah paling bermakna Ulang tahun Perkahwinan ke 7

Tanggal 17 Feb 2002, Mohd Syamri & Azizah diakad nikahkan...Hari ini merupakan ulang tahun ke 7, kami disatukan. Sudah ketentuan Allah swt, walaupun jangkaan tarikh lahir baby adalah sekitar 20-25 Mac nanti, tetapi takdir Allah, Mujahid kami dilahirkan sebulan awal & jatuhnya pula pada ulang tahun 7 perkahwinan kami.... Alhamdulillah

Selasa, 17 Februari 2009

Alhamdulillah. Seorang Mujahid dilahirkan di dunia

17 Feb (selasa)

Pukul 1.50,
Isteri ku telefon aku yang sedang nyneyak tidur di Jiyad Inn, supaya bergegas ke Wad bersalin kerana dia telah di bawa ke 'labour room'. Tanpa berlengah aku cepat2 ke Wad.

2.01 am
Sampai di wad. Aku terus ke kuanter pertanyaan untuk bertanyakan keadaan isteriku dan memohon untuk menemani isteri ku di 'Labour Room'. MC bertugas berkata isteriku baru je masuk wad & doktor belum check lagi ..

2.05 am

Kalau ikut pengalaman lahirkan anakku sebelum ini..... Haziq & Husna, ku terpaksa menunggu lebih 3-5 jam selepas rasa sakit perut.....Aku relax je...(Buat-buat relax... dalam hati risau jugak..) Sampaikan buat2 relax tu.. perut aku rasa sakit.. nak buang....

2.24 am
Dapat panggilan dari isteriku... PERKATAAAN pertama isteriku berkata " Alhamdullilah Bang anak lelaki... Lepas ni boleh beranak lagi... senang sangat...". Aku syukur...isteri & anak aku lahir dengan selamat...

2.43 am
Isteriku & anak ditolak dari wad 1 naik ke wad akik. Tanpa berlengah aku mahu mengazankan ke telinga anak ku..MC beritahu supaya bang semasa di wad 2 akik nanti..Aku terus ke Wad 2 akik

2.49 am
Isteri memaklumkan anak ku diturun balik ke wad 1. Aku terus turun....

2.51 am
Akhirnya aku dapat melihat Mujahid.... Aku azan, iqmah, baca surah al-qadri & Al-ikhlas.

bersambung.....

Ahad, 15 Februari 2009

Isteri ku masuk hospital besut

Sudah 7 hari aku berulang alik ke hospital. Dari 9hb hingga 15hb, Isteri tersayang dimasukkan ke Hospital Besut. Ini kerana air ketuban pecah awal.. atau bahasa hospital ' licking' awal.

Oleh kerana air ketuban hampir kering, tengahari nanti, isteriku akan dimasukan ke HUSM dengan mengunakan Ambulans...