KETURUNAN KU....

Sekarang ambo bercadang nak kumpulkan maklumat ahli keluarga ambo & Isteri. Sesiapa berkenaan bolehlah berhubung / sms Mohd Syamri ~ 0199366861 @ Email ke husnahaziq79@gmail.com . Contoh Tree Family yang dah ada (sila klik)

Khamis, 26 Februari 2009

Hasif dimasukkan ke Hospital

Salam

Tengah hari tadi Ummi & Hasif pergi ke Klinik Kesihatan Ibu & Anak untuk membuat pemeriksaan kali ketiga penyakit kuning. Kali pertama buat pemeriksaan pada ahad lepas, 'Kuning' Hasif adalah berskla 16. Buat pengetahuan bakal ibu, kebanyakkan bayi akan terkena penyakit kuning. Jika kekuniangan itu berskala 17, biasanya bayi akan dimasukkan dalam Wad untuk pencegahan.

Kali kedua Ummi & Hasif buat pemeriksaan kali kedua pada selasa lepas. Kali ini kuningnya turun dari 16 ke 15.4. Alhamdullilah...

Hari ini temujanji ketiga untuk pemeriksaan ketiga. Oleh kerana walid terpaksa bertugas di Pesta Sukan Majlis Sukan2 Dearah Besut di Kg Raja, jadi Umi & adik pegi ke Klinik dengan Tok Ayah. Abg Haziq duk dengan Cik Ti di rumah. Pemeriksaan kali ini, Kuning Hasif berskla 16.9. Jadi adik terpaksa di masukkan ke Hospital petang ini..

Selepas solat berjemaah asr dengan walid, Abg Haziq, Husna & Hafiy terpaksa tinggal di rumah Tok Wan. Walaupun hati nak pegi hantar adik Hasif ke Hospital Besut, tapi kena jaga adik Hafiy kt rumah tok Wan. Jadi Wali je pegi teman Ummi & Hasif ke Hospital.

Walid bagitahu, adik hasif terpaksa tidur dibawah cahaya lampu khas untuk kurangkan penyakit kekuningan itu. Ini sebahagian gambar hasif di Hospital. Gambar Ehsan Walid.... Semoga cepat sembuh adikku.....

Yang Benar ... Abg MU Haziq

Katil adik hasif yang dibawah & atasnya ada lampu

Adik hasif terpaksa pakai cerminmata khas sebelum duk dalam cahaya lampu

Lampu yang digunakan untuk kurangkan kekuningan

Tiada ulasan: