KETURUNAN KU....

Sekarang ambo bercadang nak kumpulkan maklumat ahli keluarga ambo & Isteri. Sesiapa berkenaan bolehlah berhubung / sms Mohd Syamri ~ 0199366861 @ Email ke husnahaziq79@gmail.com . Contoh Tree Family yang dah ada (sila klik)

Selasa, 17 Februari 2009

Alhamdulillah. Seorang Mujahid dilahirkan di dunia

17 Feb (selasa)

Pukul 1.50,
Isteri ku telefon aku yang sedang nyneyak tidur di Jiyad Inn, supaya bergegas ke Wad bersalin kerana dia telah di bawa ke 'labour room'. Tanpa berlengah aku cepat2 ke Wad.

2.01 am
Sampai di wad. Aku terus ke kuanter pertanyaan untuk bertanyakan keadaan isteriku dan memohon untuk menemani isteri ku di 'Labour Room'. MC bertugas berkata isteriku baru je masuk wad & doktor belum check lagi ..

2.05 am

Kalau ikut pengalaman lahirkan anakku sebelum ini..... Haziq & Husna, ku terpaksa menunggu lebih 3-5 jam selepas rasa sakit perut.....Aku relax je...(Buat-buat relax... dalam hati risau jugak..) Sampaikan buat2 relax tu.. perut aku rasa sakit.. nak buang....

2.24 am
Dapat panggilan dari isteriku... PERKATAAAN pertama isteriku berkata " Alhamdullilah Bang anak lelaki... Lepas ni boleh beranak lagi... senang sangat...". Aku syukur...isteri & anak aku lahir dengan selamat...

2.43 am
Isteriku & anak ditolak dari wad 1 naik ke wad akik. Tanpa berlengah aku mahu mengazankan ke telinga anak ku..MC beritahu supaya bang semasa di wad 2 akik nanti..Aku terus ke Wad 2 akik

2.49 am
Isteri memaklumkan anak ku diturun balik ke wad 1. Aku terus turun....

2.51 am
Akhirnya aku dapat melihat Mujahid.... Aku azan, iqmah, baca surah al-qadri & Al-ikhlas.

bersambung.....

Tiada ulasan: