KETURUNAN KU....

Sekarang ambo bercadang nak kumpulkan maklumat ahli keluarga ambo & Isteri. Sesiapa berkenaan bolehlah berhubung / sms Mohd Syamri ~ 0199366861 @ Email ke husnahaziq79@gmail.com . Contoh Tree Family yang dah ada (sila klik)

Isnin, 28 September 2009

Gambar Husna berusia setahun (2005)


Tengah walid cari fail dalam pendrive lama.. terjumpa satu folder gambar lama semasa kami tinggal di Sarawak beberapa tahun lalu. Gambar yang diambil tahun 2005 ini mengembalikan notaligia kami sekeluarga berada disana. untuk permulaan ini gambar Kakak Husna semasa berumur setahun.


jangan tengok.. Malu le...

Minum susu dalam botol hee...

Tak abis lagi ke??

Abis dah.... Kacau daun je...

Ni walid Husna...

OK tak mata Husna... Bulat kan???

Maaf le... Kepala botak .. tak tumbuh lagi..







Ni Cik La .... Sedap nye tidur atas riba Cik La..









Maaf gambar Seksi sikit...


Ahad, 20 September 2009

Hari ini Hari Raya...

3H ~ Hafiy, Husna & Haziq... sedang bergaya di pagi raya..

Pagi ini mereka semua bangun di awal pagi kerana tak sabar nak pakai baju baru...

Hai! saya Hafiy...saya Haziq & saya pula Husna.. Mana adik Hasif ni??

He..He Adik Hasif tidur lagi ni...

Ni Selipar kami bertiga... Hafiy tanya Ummi ; Mana selipar Hasif??
Jawab Ummi; Adik Kecil lagi..

Sabtu, 19 September 2009

Main Mercun..


Esok hari raya.... Orang kata raya tak meriah kalu x ada mercun & bunga api....Betul ke?? Ingat zaman aku kecil-kecil dulu, mercun apa aku tak kenal...Mercun papan, mercun 'das', mercun bawang & paling aku suka mercun pusu...

Tapi lama dah aku tinggal perkembangan mercun..Zaman sekarang semua ada...Mercun pulak bunyinya kuat macam Bom...DUMMMMM!!!. Mercun tumpat..Bola... Banyak sangat mercun baru yang timbul..

Haziq, husna & Hafiy tahun ini belajar main bunga api....Bunga api ni kawan aku yang beri... Tak apalah bunga api je...Yang penting pesan kat anak2 jangan main mercun yang merbahaya..




Alhamdulillah..

Alhamdullilah...

Bersyukur kepada Allah kerana memanjang usia ku bagi aku beribadat dalam bulan Ramadhan 1430 ini... Bulan di mana Allah ' lelong pahala' murah-murah...

Pagi tadi, Allhamdullilah aku dapat khatam al-quran... Walaupun banyak dugaan untuk menghabiskan 1 juz sehari,,akhirnya dengan tekad aku berjaya..Walaupun banyak program dalam Ramadhan yang terpaksa aku 'out station'... Aku terpaksa ke Penang, Johor Baharu, Bangi & Dungun. Tapi target 1 juz saehari dapat direalisasikan pada 29 ramdhan pukul 8.12 pagi...ALHAMDULILLAH

* Ya Allah, kau panjangkan usia ku bagi aku berjumpa dengan Ramdhan akan datang..Aku belum puas beribadat dalam bulan mulia ini...

Khamis, 10 September 2009

Abg Ha meninggal dunia



Salam ....

Pukul 10 (8 September lalu) aku terima Call dari isteri saya bahawa abg Ha telah meninggal dunia pukul 9 tadi di Johor Bharu. Abg Ha ialah abang ipar aku. Anak ke 2 keluarga Hj Ibrahim...

Aku tak terkejut dengan berita ini kerana abg ha sudah lama sakit.... Sakit misteri....

Sekitar di Setinggan Kg Pandan

Gemulah tinggal di Johor bersama isterinya di Kg Melayu Pandan bersama kakak iparnya. Umur abg ha baru 35 tahun sudah hampir 15 tahun berada disana meninggal 2 anaknya...

Selepas berbincang dengan keluarga, aku,ayah, mek,mudin & abg we je yang pergi. Jah & Kak Da x pergi kerana terpaksa jaga mak Haji kat rumah....

dipendekkan cerita aku pegi melalui jalan Bandar Muazam-Rompin. Bertolak pukul 3 petang & sampai di JB pukul 10 mlm. Oleh keran abg ha dah disemadikan pukul 5 petang tadi, jadi kami sekeluarga ambil keputusan utk bemalam di rumah sepupu abg Syukri (kerja bomba JB)... & esok pagi je kami ke rumah kak ipar....

Doa seorang ibu kepada anak.....

Khamis, 3 September 2009